PM ucap tahniah kepada Aliff Rakib raih gelaran juara dunia Muay Thai di Bangkok

25 Jul 2026 • 12:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PM ucap tahniah kepada Aliff Rakib raih gelaran juara dunia Muay Thai di Bangkok
Aliff Rakib melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama muncul juara dunia ONE Championship.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama muncul juara dunia ONE Championship.

Beliau berkata, kejayaan Aliff Rakib itu bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah membuktikan bahawa anak muda Malaysia memiliki keupayaan, keberanian dan iltizam untuk bersaing serta mencipta kejayaan di pentas dunia.

"Semoga pencapaian bersejarah ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar cita-cita dengan tekad, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

"Yakinlah, tiada yang mustahil apabila usaha disertai kesungguhan dan tawakal. Syabas, Aliff. Malaysia berbangga dengan kejayaan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Aliff Rakib mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan wakil Thailand Sam-A Gaiyanghadao, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, atlet berusia 22 tahun itu menamatkan saingan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu menerusi kemenangan knockout pada pusingan kelima.

Kemenangan itu turut membolehkan Aliff Rakib membawa pulang bonus kemenangan berjumlah AS$50,000 (kira-kira RM204,565) selain tali pinggang kejuaraan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved