Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik

6 Aug 2026 • 8:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik
Tiga anggota polis, dari kiri Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, Muhammad Raimi Ismarubee dan Chiu Teck Siong maut akibat terkena renjatan elektrik.
Image from: Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik
Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston pada petang Khamis.
Image from: Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik
Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.
Image from: Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik
Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik.
Image from: Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik
Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.
Image from: Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik
Kesemua anggota polis bertugas di Balai Polis Weston dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

BEAUFORT - [KEMAS KINI] Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kesemua anggota polis bertugas di Balai Polis Weston dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

**media[3607473]**

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik

**media[3607351]**

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer.

"Menurut maklumat awal terdapat tiga mangsa merupakan anggota polis terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian.

"Menurut saksi, mangsa menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dan terkena kabel elektrik.

**media[3607352]**

"Orang awam yang berada di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, pasukan bomba kemudian bertindak memasang sawar-sawar dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.

**media[3607354]**

"Pasukan Sabah Electricity berjaya memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan pasukan bomba serta polis segera mengangkat mangsa.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

**media[3607355]**

Mohd Pisar berkata, operasi ditamatkan selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi tersebut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved