Joseph Cherian dilantik sebagai CEO baharu Asia School of Business 

LocalBusiness & Finance
19 May 2025 • 1:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Joseph Cherian dilantik sebagai CEO baharu Asia School of Business

image is not available

19/05/2025 - 13:02

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 19 Mei – Asia School of Business (ASB) melantik Profesor Joseph Cherian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden, Dekan, dan profesor yang baharu.

Beliau menggantikan Profesor Sanjay Sarma yang kini ditetapkan semula jawatan sebagai ahli Lembaga Gabenor ASB dan kembali ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) selepas dua tahun menerajui institusi tersebut.

Joseph sebelum ini berkhidmat sebagai Profesor Kewangan Pelawat di Samuel Curtis Johnson Graduate School of Management, SC Johnson College of Business, Cornell University.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari MIT, serta Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kewangan dari Universiti Cornell.

Malahan, Joseph berperanan sebagai Executive-in-Residence selama dua penggal sebagai ahli Johnson Dean’s Advisory Council di Cornell University, dan kini merupakan Ahli Emeritus bagi majlis tersebut.

Joseph berpengalaman luas dalam sektor kewangan dan pernah menguruskan AS$67 bilion (RM315 bilion) aset pelanggan sebagai Ketua Global dan Ketua Pegawai Pelaburan, Quantitative Strategies Group di Credit Suisse Asset Management.

Beliau turut terlibat sebagai penasihat kepada kerajaan dan badan pemikir di Asia Pasifik termasuk Australia, Malaysia, Hong Kong, dan Singapura dalam bidang dana teroka, pengurusan aset, pencen, serta dasar dan reformasi pasaran modal.

Sanjay pula memacu pelbagai transformasi penting di ASB, termasuk memperkenalkan Agile Continuous Education seperti pendekatan pembelajaran modular, fleksibel, dan boleh digabungkan dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat dengan integrasi kecerdasan buatan.- DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved