Joy-Con 2 Dan Switch Pro Controller Untuk Nintendo Switch 2 Melepasi Pengesahan SIRIM

TechnologyDigital
13 Jun 2025 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Singapura dan Vietnam akan mula menjual konsol Nintendo Switch 2 terbaru, dengan Malaysia masih lagi menunggu untuk tarikh penjualannya, kerana ia masih perlu melalui pengesahan SIRIM sebelum ia boleh dijual.

image is not available

Melalui laporan Lowyat.Net, nampaknya sekurang-kurangnya alat-alat kawalan konsol ini, iaitu Nintendo Joy-Con 2 dan Nintendo Switch Pro Controller 2 sudahpun melepasi proses pengesahan SIRIM baru-baru ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Walaupun begitu, kelibat konsol Nintendo Switch 2 sendiri, dan juga kamera web Nintendo Switch 2 kamera belum diperlihatkan lagi, tetapi dengan pengesahan alat-alat kawalan ini, jangkaan kami ialah konsol ini masih lagi sempat untuk dijual di pasaran tempatan secara rasmi menjelang tarikh rasmi pasaran Asia Tenggara 26 Jun 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved