JPA Perjelas Tiada Paksaan Cuma Galakan Terhadap Penjawat Awam Punyai BMI Sihat

20 Dec 2024 • 3:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiada arahan rasmi atau dasar yang mewajibkan penjawat awam mencapai BMI yang seimbang pada masa ini- JPA

JPA Perjelas Tiada Paksaan Cuma Galakan Terhadap Penjawat Awam Punyai BMI Sihat. Baru-baru ini, kenyataan yang menyatakan semua penjawat awam diwajibkan mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sihat bermula tahun depan telah menjadi perbualan hangat di media sosial. Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil memberikan penjelasan rasmi bagi mengelakkan salah faham.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh JPA, kenyataan tersebut dipercayai berasal daripada laporan seorang pegawai kanan kesihatan. Namun, JPA menegaskan bahawa tiada arahan rasmi atau dasar yang mewajibkan penjawat awam mencapai BMI yang seimbang pada masa ini.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Bukan Paksaan, Tapi Galakan

Sebaliknya, JPA hanya menggalakkan penjawat awam untuk mengambil langkah proaktif menjaga kesihatan diri. Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk menggalakkan mereka merekodkan BMI masing-masing melalui sistem HRMIS sebagai sebahagian daripada budaya hidup sihat.

JPA turut menekankan bahawa sebarang kenyataan yang melibatkan dasar mereka mesti mendapat kebenaran rasmi daripada pihak jabatan. Mereka juga menyeru orang ramai agar tidak membuat andaian atau menyebarkan fakta yang tidak disahkan.

“Langkah ini diambil untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada umum adalah tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan,” menurut kenyataan rasmi tersebut.

Usaha Bersama Dengan KKM

JPA menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menangani isu obesiti dalam kalangan penjawat awam. Usaha ini termasuk menyokong pelbagai inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesihatan awam secara menyeluruh.

JPA percaya dengan komunikasi yang lebih baik, masyarakat akan lebih faham dan sokong terhadap langkah-langkah yang diambil pada masa hadapan.

Baca juga artikel semasa di bawah: