JPJ: 100 Kamera Badan Bakal Diguna

LocalCars
24 Feb 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dilengkapi dengan kamera badan dalam beberapa bulan lagi namun hanya 100 buah kamera badan akan mula digunakan.

Kamera itu akan digunakan untuk merekodkan interaksi dengan pengguna jalan raya, dan mengumpul bukti visual untuk pelanggaran lalu lintas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penggunaan kamera badan akan melindungi pegawai daripada ancaman, salah tafsir, dan tuduhan tidak berasas, kerana setiap rakaman boleh dirujuk.

image is not available

"Fasa pertama dengan 100 kamera dipakai badan akan bermula tahun ini.

"Fasa kedua, mulai tahun depan, akan memperluaskan lagi penggunaan, tertakluk kepada peruntukan kewangan daripada Kementerian Kewangan," ujarnya.

Terdahulu, Loke mengumumkan bahawa kamera badan akan diperkenalkan kepada kakitangannya untuk meningkatkan ketelusan penguatkuasaan, khususnya berkaitan kenderaan berat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved