JPJ Jalankan Ops Cermin Gelap, Ada Pemandu Beri Alasan Tak Tahu Peraturan Ditetapkan & Mahu Elak Cuaca Panas

LocalCars
3 Nov 2024 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, tak salah jika anda mahu menggunakan pelekat cermin gelap atau tinted pada kereta namun anda perlu tahu kadar penggunaan cermin gelap yang dibenarkan hanyalah 50 peratus ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kanan dan kiri kereta.

Manakala untuk cermin hadapan kereta pula, anda perlu menggunakan cermin gelap yang mempunyai 70 peratus ketelusan cahaya.

Namun, masih ada juga pemandu dan pemilik kereta yang berdegil menggunakan cermin gelap yang melebihi tahap yang dibenarkan.

Seperti baru-baru ini, pihak Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah menjalankan pemeriksaan cermin gelap atau Ops Cermin Gelap di Jalan Lapangan Terbang Subang.

Ketika operasi tersebut, ada pemandu yang menggunakan cermin gelap lebih dari tahap ketelusan yang dibenarkan telah memberikan alasan, antaranya, ada yang mendakwa mereka tidak tahu tentang peraturan yang ditetapkan oleh JPJ, lapor Sinar Harian.

image is not available

Selain itu, ada juga yang memberi alasan bahawa kereta yang mereka miliki itu memang dah dipasang cermin gelap sejak mula-mula ia dibeli oleh mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan mereka memasang cermin gelap kerana mahu mengelakkan cuaca di Malaysia yang panas ini.

image is not available

Walau bagaimanapun, alasan itu bukanlah penghalang untuk pihak JPJ yang menjalankan operasi itu untuk menyaman mereka yang menggunakan cermin gelap pada kadar yang berlebihan.

Takde masalah nak pasang tinted pada kereta, tapi perlu lah ikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.