Raih Wang Hingga RM12K Sebulan, Warga Asing Mengemis Di Pasar Malam Ditahan Imigresen

LocalPolitics
3 Nov 2024 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika kita perhatikan di pasar-pasar malam, mesti ada individu yang meminta sedekah atau memohon sumbangan untuk pembinaan masjid atau sekolah tahfiz.

Tak salah jika anda mahu menderma namun kita sepatutnya periksa terlebih dahulu jika mereka yang memohon sumbangan itu memang orang susah atau hanyalah penipu sebab dah banyak kes yang tular di mana pengemis itu menipu untuk dapatkan wang dengan mudah tanpa perlu bekerja.

Seperti baru-baru ini, empat orang warga asing yang mengemis di pasar malam di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, Johor telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Memetik laporan Kosmo, ada antara warga asing yang menjadi pengemis di situ mampu meraih RM12,000 sebulan hasil dari aktiviti mengemis.

image is not available

Empat warga asing yang ditahan itu ialah seorang lelaki warga Pakistan, dua orang warga Thailand dan seorang lelaki dari Kemboja.

image is not available

Operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen itu telah dilakukan setelah pihak berkuasa menerima aduan dari orang awam tentang kegiatan mengemis oleh warga asing di situ.

Difahamkan, sebelum ini pihak Imigresen telah pun menyerbu kawasan pasar malam itu untuk menahan warga asing yang menjadi pengemis tapi kegiatan itu tetap dilakukan oleh individu warga asing yang lain pula.

Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.