JPJ perhebat advokasi keselamatan jalan raya sasar penunggang p-panggilan

14 Apr 2026 • 12:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempergiat usaha advokasi keselamatan jalan raya dengan memberi tumpuan kepada golongan penunggang motosikal, khususnya komuniti p-panggilan.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran penunggang terhadap kepentingan kebolehlihatan di jalan raya serta penggunaan peralatan keselamatan yang sesuai.

“Penggunaan jaket keselamatan berwarna terang atau pantul cahaya mampu membantu pengguna jalan raya lain mengesan kehadiran motosikal dengan lebih jelas, sekali gus mengurangkan risiko pelanggaran,” katanya melalui Facebook.

image is not available
Bahagian Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempergiat advokasi keselamatan jalan raya dengan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal sekitar Lembah Klang pada 13 April 2026. Foto Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Selain itu, penunggang turut diberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan peralatan keselamatan lengkap seperti topi keledar, sarung tangan, jaket keselamatan dan kasut bertutup.

JPJ berkata pendekatan advokasi ini merupakan langkah proaktif dalam mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Dalam masa sama, jabatan itu memaklumkan statistik semasa menunjukkan lebih 70 peratus kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Sebagai sebahagian usaha, JPJ turut mengagihkan bahan kempen keselamatan seperti beg dan jalur reflektif kepada peserta.

JPJ dalam kenyataan sama menyeru semua penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak mengambil mudah aspek keselamatan kerana setiap langkah pencegahan mampu menyelamatkan nyawa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved