Kini Anda Boleh Naik-Taraf Lesen P Ke Lesen Penuh Terus Melalui Aplikasi MyJPJ

TechnologyDigital
17 Feb 2025 • 8:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memperkenalkan kemaskini terbaru pada aplikasi MyJPJ, sekaligus memudahkan para pemandu dengan Lesen Memandu Percubaan (PDL atau turut dipanggil ramai sebagai Lesen P), kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL atau turut dipanggil sebagai lesen penuh), dengan hanya menggunakan aplikasi MyJPJ.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu ke mana-mana pejabat JPJ untuk proses naik-taraf, sebaliknya boleh melakukan ia terus menggunakan aplikasi MyJPJ, pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Untuk memulakan proses naik-taraf, pengguna hanya perlu ke aplikasi MyJPJ, memilih “PermohonanN CDL”, dan memilih tempoh sah laku lesen sebelum melakukan pembayaran dan memperbaharuinya. Langkah pengenalan ciri ini juga dijangka akan dapat mengurangkan sedikit kadar kesesakan kaunter JPJ di seluruh negara.

image is not available

Anda yang menggunakan aplikasi MyJPJ di Android dan iOS, boleh mengemaskini aplikasi anda dalam menikmati ciri baharu ini.