JPM, MOT bincang kurangkan tambang penerbangan Sabah, Sarawak

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 5:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: JPM, MOT bincang kurangkan tambang penerbangan Sabah, Sarawak

JPM akan berbincang dengan MOT bagi mencari kaedah kurangkan lonjakan tambang penerbangan Sabah, Sarawak susulan aduan orang ramai.

KOTA KINABALU:Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mencari kaedah bagi menangani isu lonjakan harga tiket penerbangan melibatkan Sabah dan Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata perkara itu turut disuarakannya dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas susulan aduan yang diterima daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan harga tiket penerbangan.

Beliau berkata antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan tambang itu adalah peningkatan kos operasi syarikat penerbangan susulan krisis bekalan tenaga global.

“Memang kita menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan (harga tambang penerbangan).

“Kita akan meneliti aduan ini supaya kita dapat mencari kaedah, bersama-sama syarikat penerbangan, untuk mengurangkannya. Kita cuba kurangkan” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program MADANI Kita Bersama Komuniti Darau @Sepanggar di sini hari ini.

Mustapha berkata perhatian khusus turut diberikan kepada penuntut yang akan mendaftar di institusi pengajian tinggi serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada September ini, khususnya yang memerlukan perjalanan udara.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengenal pasti penuntut serta pelajar TVET yang memerlukan penerbangan, sebelum senarai nama itu dibawa ke Kabinet bagi meneliti langkah yang boleh diambil untuk memudahkan perjalanan mereka.

“Jadi mana-mana yang ada kaitan dengan penerbangan, yang ini kita minta senarainya dan kita lihat supaya dibentangkan di Kabinet supaya kerajaan dapat buat keputusan untuk mempermudah urusan mereka,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved