JPS Tambunan digesa tingkat selenggara sistem tebatan banjir

LocalEnvironment
24 Sep 2026 • 4:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

JPS Tambunan digesa tingkat selenggara sistem tebatan banjir

TAMBUNAN: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Tambunan digesa mempergiat kerja pembersihan, penyelenggaraan berkala serta menaik taraf sistem pengairan dan saliran bagi mengurangkan risiko banjir kilat di Kampung Maras Karas dan Kampung Minudong yang terletak di Mukim Toboh, di sini.

Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tambunan, Datuk Victor P Paut berkata, langkah berkenaan penting berikutan sistem pengairan dan saliran yang tersumbat atau tidak lagi cekap menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir di kawasan terbabit.

Katanya, longkang dan parit di sepanjang jalan raya utama sering tersumbat akibat sampah sarap, kelodak serta sisa tumbuhan, menyebabkan air larian permukaan tidak dapat disalurkan dengan lancar ketika hujan lebat.

“Apabila hujan lebat turun, air larian permukaan tidak dapat mengalir masuk ke dalam parit dengan lancar, menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya dalam tempoh singkat.

 Ditambah lagi dengan reka bentuk sistem pengairan sedia ada di sesetengah kawasan juga sudah lama dan bersaiz kecil, menyebabkan ia tidak mampu menampung kapasiti air hujan yang meningkat secara mendadak,” katanya semasa melawat mangsa banjir di kawasan itu, di sini, Isnin lalu.

Lebih 25 rumah melibatkan kira-kira 30 keluarga di kedua-dua kampung berkenaan terjejas dan mengalami kerugian akibat kejadian itu baru-baru ini.

Victor. yang juga Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera. berkata banjir berulang setiap kali hujan lebat, malah keadaan menjadi lebih buruk sekiranya berlaku limpahan air dari Sungai Pegalan yang boleh menyekat aliran sistem pengairan dan saliran di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap JPS Tambunan dapat menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap sistem saliran di kawasan berisiko, selain mengenal pasti lokasi yang memerlukan kerja naik taraf bagi memastikan aliran air lebih lancar ketika hujan lebat.

“Kerja penyelenggaraan dan pembersihan perlu dilakukan secara berkala, bukan hanya selepas berlaku banjir supaya risiko kejadian sama dapat dikurangkan kerana kawasan ini seringkali banjir setiapkali hujan lebat,” tegasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved