JPV betulkan rujukan undang-undang dalam kes kematian kucing, anjing

19 Dec 2025 • 11:10 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JPV perbetulkan rujukan undang-undang dari Kanun Keseksaan kepada Kanun Tatacara Jenayah dalam siasatan kes haiwan mati di klinik veterinar.

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengeluarkan pembetulan terhadap butiran perundangan berhubung kes tular kematian haiwan di sebuah klinik veterinar.

JPV memaklumkan rujukan yang betul ialah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan bukan Seksyen 112 Kanun Keseksaan seperti dinyatakan sebelum ini.

“Kekhilafan itu tidak disengajakan dan pembetulan dibuat bagi memastikan ketepatan maklumat disampaikan kepada orang awam,” menurut kenyataan jabatan itu.

Semalam, JPV mengesahkan menerima 1,920 aduan berhubung kes tular itu setakat ini.

Pemeriksaan JPV Selangor di premis di Damansara Damai menemui masing-masing satu karkas kucing dan anjing dalam sangkar berasingan.

Karkas itu telah dihantar ke Makmal Veterinar Zon Tengah di Salak Tinggi, Sepang untuk bedah siasat. – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved