JPV terima 37,043 aduan aniaya haiwan sejak 2020

3 Oct 2026 • 5:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JPV terima 37,043 aduan aniaya haiwan sejak 2020

KUALA NERUS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menerima 37,043 aduan berhubung kebajikan haiwan dalam tempoh enam tahun sejak tahun 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Dr. Aida Muhid berkata, sebanyak 6,749 daripada aduan tersebut didapati mempunyai merit sebelum diambil tindakan pemeriksaan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

“Ia membabitkan 42,674 ekor haiwan yang kebanyakannya merupakan lembu, kerbau, kambing, kambing biri-biri dan ayam.

“Antara kesalahan pengabaian dikesan ialah kegagalan menyediakan keperluan asas mencukupi termasuk makanan, air, tempat perlindungan, penjagaan kesihatan dan persekitaran sesuai,” katanya pada program Hari Kebajikan Haiwan peringkat Terengganu, di sini.

Aida berkata, selain itu, JPV turut menerima aduan berkaitan penganiayaan atau perlakuan menyebabkan penderitaan kepada haiwan serta ketidakpatuhan terhadap keperluan kebajikan haiwan.

Beliau berkata, siasatan melibatkan pelbagai pihak termasuk pemilik atau penjaga haiwan, individu, pemilik premis perniagaan dan penternak.

“Kebajikan haiwan perlu diberi perhatian pada setiap peringkat pengurusan ternakan termasuk pembiakan, kelahiran, pemeliharaan, pemberian makanan, rawatan, pengendalian, pengangkutan dan penyembelihan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post JPV terima 37,043 aduan aniaya haiwan sejak 2020 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved