DVS Pulau Pinang Terima Laporan Dakwaan Anjing Diseret Motosikal

24 Sep 2026 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

DVS Pulau Pinang Terima Laporan Dakwaan Anjing Diseret Motosikal

GEORGE TOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang menerima laporan berhubung dakwaan berlaku kekejaman terhadap haiwan selepas dua lelaki dipercayai menyeret seekor anjing berwarna hitam menggunakan motosikal di Batu Lancang, di sini, semalam.

Penyelamat haiwan bebas, David Yim yang membuat laporan kepada DVS berkata, kejadian itu disaksikan seorang wanita yang cuba menghentikan perbuatan berkenaan.

“Wanita itu menjerit dan meminta mereka berhenti, namun kedua-dua lelaki berkenaan didakwa terus menyeret anjing itu sebelum meninggalkan lokasi.

“Anjing berkenaan dipercayai mengalami kecederaan serius. Kedua-dua lelaki itu bersama motosikal terbabit kemudian menghilangkan diri dari kawasan berkenaan,” katanya.

Menurut Yim, wanita berkenaan turut menyerahkan gambar dan rakaman video kejadian kepadanya.

Beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera sekiranya kejadian itu didapati mempunyai unsur kekejaman terhadap haiwan.

Pengarah DVS Pulau Pinang, Dr Saira Banu Mohamed Rejab ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. - Getaran, 24 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved