JS Meats Jaya Grocer Kini Peroleh Pensijilan Halal JAKIM

LocalFood
14 Oct 2026 • 10:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

JS Meats Jaya Grocer Kini Peroleh Pensijilan Halal JAKIM

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jaya Grocer pada Selasa (13 Oktober) mengumumkan rangkaian daging jenama persendirian Jaya Grocer Selection, JS Meats, kini memperoleh pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pensijilan ini meliputi operasi pemprosesan dan pengendalian daging di Pusat Dapur Jaya Grocer sekaligus memperluas jaminan Halal sedia ada, yang sebelum ini tertumpu pada pembekalan daging daripada pembekal yang diperakui Halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, berkata langkah ini memperkukuh komitmen syarikat terhadap jaminan Halal, di samping meningkatkan ketelusan dan keyakinan pelanggan terhadap proses penyediaan produk sebelum dipasarkan.

“Jaminan Halal telah menjadi sebahagian daripada perjalanan JS Meats sejak awal, bermula dengan amalan mendapatkan bekalan daging daripada pembekal yang diperakui Halal. Pensijilan baharu ini merupakan langkah seterusnya dalam memperkukuh jaminan tersebut, dengan peluasan kepada operasi pemprosesan dan pengendalian daging kami sendiri,” katanya.

12 bulan persediaan

Pensijilan itu diperoleh selepas persediaan selama 12 bulan, termasuk semakan proses dan penyelarasan dengan keperluan Halal yang terpakai bagi Pusat Dapur Jaya Grocer. Operasi yang dipersijilkan merangkumi penyediaan, pemotongan, pengendalian dan pembungkusan produk JS Meats sebelum dipasarkan.

JS Meats menawarkan lebih 150 unit simpanan stok (SKU), termasuk stik, sosej, patty dan daging lain, dan boleh didapati di 63 cawangan Jaya Grocer di seluruh negara.

Master Butcher kerjasama dengan tukang daging di cawangan termasuk beri latihan

Bagi memastikan kualiti dan amalan pengendalian daging terus diperkukuh, Jaya Grocer turut memanfaatkan kepakaran Master Butcher dan pasukan khusus Daging Halal.

Master Butcher yang berpengalaman lebih 18 tahun dalam penyediaan dan pemotongan daging bekerjasama dengan tukang daging dan kakitangan di cawangan terpilih, termasuk memberi latihan praktikal dan bimbingan tentang teknik pemotongan profesional serta pengendalian daging.

Pencapaian ini diraikan dalam satu majlis di Jaya Grocer KL East Mall yang menampilkan aktiviti From Cut to Cook, iaitu demonstrasi pemotongan daging secara langsung oleh Master Butcher, diikuti cabaran memasak bagi peserta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

Majlis itu turut dihadiri Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Advokasi, Hab Halal JAKIM, Imran Abd Rahman; Daniel Teng; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Joseph Teoh; Pengarah Rantaian Bekalan dan Pasaran Segar, Kimberly Xavier; serta Ketua Operasi, Perolehan dan Pengeluaran, Azari Nazim.

Jaya Grocer Tawar Promosi 13 hingga 18 Oktober 2026 Sempena Pensijilan Halal

Sempena pengumuman ini, Jaya Grocer menawarkan promosi produk JS Meats terpilih dari 13 hingga 18 Oktober 2026 di semua cawangan, tertakluk kepada stok sedia ada.

  • JS Meats Japan A5 Wagyu Steak (180 gram): RM79.90 (harga biasa RM107.90)
  • Australia Grain Fed Topside Stir Fry (250 gram): RM17.90 (harga biasa RM20.90)
  • Diskaun 30 peratus untuk pembelian empat pek patty JS Meats, termasuk patty ayam, kambing, lembu dan Wagyu

Pada 13 Oktober sahaja, diskaun 30 peratus turut ditawarkan untuk pembelian dua pek atau lebih JS Meats Japan A5 Wagyu Skewer (dua cucuk sepek), secara eksklusif di Jaya Grocer KL East Mall.

JS Meats Mini Fair pula berlangsung di cawangan yang sama dari 14 hingga 18 Oktober 2026. Pelanggan boleh meneroka pelbagai produk dan mengetahui lebih lanjut tentang proses penyediaan serta pensijilan Halal rangkaian ini.

Produk JS Meats terpilih juga boleh dibeli dalam talian menerusi GrabMart.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved