
PETALING JAYA – Momoyo sedang dalam proses memohon pensijilan halal bagi outlet flagship terbaharunya iaitu Momoyo Bakehouse yang telah mula beroperasi di Rawang.
Syarikat yang telah memperoleh sijil halal untuk cawangan sedia adanya, kini begitu komited untuk memenuhi semua piawaian halal yang ditetapkan dan akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai permohonan tersebut dari semasa ke semasa.
Momoyo yang membawa maksud More and More Young itu sehingga kini telah berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia.
Pengurus Besar Momoyo Malaysia, Alex Tan berkata, kedai flagship sulungnya ini berkonsepkan bakeri yang merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan jenama itu di Malaysia.
Menurut beliau, flagship store baharu ini menawarkan minuman popular Momoyo, aiskrim dan pilihan produk bakeri dalam satu lokasi selain menyediakan ruang yang lebih besar dan pilihan produk yang lebih pelbagai, outlet ini bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan, malah diharap dapat menjadi tempat pertemuan baharu bagi komuniti setempat.
“Pelanggan boleh menikmati rangkaian sedia ada Momoyo seperti Fruit Tea, Milk Tea, Ice Cream serta minuman lain bersama pilihan produk bakeri yang baru dibakar.
“Pengenalan bakeri ini adalah sebahagian daripada usaha Momoyo untuk menambah pilihan produk selain minuman dan pencuci mulut, serta memperkenalkan konsep kedai yang lebih besar di Malaysia, katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran outlet terbaharu syarikat.

Tambah Alex, syarikat kini membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Momoyo dengan menawarkan peluang francais di seluruh negara.
“Kami menyediakan sokongan dan latihan menyeluruh untuk memastikan kejayaan anda.
“Syarikat juga menyediakan latihan profesional operasi yang memenuhi standard dan latihan profesional yang diberikan adalah mengenai pengetahuan produk, penyediaan produk, meningkatkan operasi kedai dan sebagainya selain membantu pemasaran setempat dengan penyediaan perancangan pemasaran bahagian depan kedai serta pelaksanaan promosi.
“Dengan kos permulaan yang mampu milik dan sokongan menyeluruh daripada Momoyo, peluang ini membolehkan anda menikmati pulangan yang tinggi dalam industri makanan dan minuman yang berkembang pesat,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE
The post Momoyo tawar peluang perniagaan dalam segmen bakeri appeared first on Kosmo Online.






