JSJN, pihak berkuasa kerjasama siasat kes lelaki ditahan seludup dadah di Indonesia

4 Aug 2026 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JSJN, pihak berkuasa kerjasama siasat kes lelaki ditahan seludup dadah di Indonesia
Hussein

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk di lapangan terbang negara dalam menjalankan siasatan susulan seorang lagi warga Malaysia ditahan menyeludup dadah di Indonesia.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo selepas tiba dengan penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur ke Surabaya.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung penahanan suspek itu daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

"Lelaki berasal dari Johor itu ditahan bersama empat bungkusan yang mengandungi satu kilogram (kg) syabu dan empat bungkusan kira-kira 1,000 pil estacy (MDMA).

"Bungkusan itu dibalut dan dilekatkan pada badannya. Suspek menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan hasil semakan mendapati dia2tiada rekod jenayah (di negara ini)," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Hussein berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk di lapangan terbang negara dalam menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes berkenaan.

"Perkara lain masih dalam siasatan lanjut kami," katanya.

Terdahulu, portal berita Indonesia melaporkan, pihak berkuasa negara itu menahan seorang warga Malaysia berusia 22 tahun selepas didakwa menemui hampir 1 kg methamphetamine dan lebih 1,000 pil ekstasi yang disembunyikan di bawah korset dipakainya.

Pihak berkuasa menganggarkan dadah yang dirampas itu mempunyai nilai pasaran sekitar Rp2.79 bilion (RM715,000).

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved