
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Perkara itu dikongsikan oleh akaun yang popular dengan konten makanan @klfoodie di Instagram, di mana ia menyatakan usahawan berusia 37 tahun itu mengadakan jualan durian pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sehingga pukul 12 tengah hari di kawasan pejabatnya.

