Keretapi Sarong raikan budaya, kreativiti, kepelbagaian identiti Malaysia

1 Oct 2026 • 3:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Keretapi Sarong raikan budaya, kreativiti, kepelbagaian identiti Malaysia

PETALING JAYA – Penyertaan Nando’s dalam program Keretapi Sarong yang telah berlangsung di Kuala Lumpur bulan lalu bukan sekadar untuk memeriahkan acara tetapi tersimpan pelbagai peluang kepada syarikat untuk meraikan  budaya, kreativiti dan kepelbagaian yang membentuk identiti Malaysia.

Pengarah Jenama dan Pelanggan Nando’s Malaysia dan Singapura, Lim Siew Ling berkata,  program Keretapi Sarong telah menjadi wadah dapat menyatukan rakyat di negara yang memiliki perbezaan budaya, latar belakang dan cara mengekspresikan diri, namun ia tetap teguh sebagai satu Malaysia.

“Apa yang kami suka tentang Keretapi Sarong adalah bagaimana semua orang dapat bersama-sama dengan begitu mudah dan semula jadi.

“Kita dapat melihat pelbagai kaum, budaya, kepercayaan dan generasi berkongsi ruang yang sama, mengenakan busana warisan masing-masing dengan penuh bangga serta meraikannya bersama-sama.

“Semangat itu amat dekat dengan identiti kami di Nando’s. Di mana sahaja kami berada, kami mahu menjadi sebahagian daripada komuniti setempat dan meraikan perkara yang bermakna bagi mereka.

Image from: Keretapi Sarong raikan budaya, kreativiti, kepelbagaian identiti Malaysia

“Di Malaysia, Keretapi Sarong merupakan manifestasi yang sangat indah kepada semangat tersebut. Bagi kami, itulah makna sebenar tema ‘Sayang Malaysia’ pada tahun ini dan kami amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripadanya,” katanya dalam kenyataan.

Nando’s adalah penaja rasmi Keretapi Sarong 2026 dan mahu menjadikan program tersebut sebagai satu hubungan yang cukup dekat antara jenamanya dengan aspirasi gerakan budaya itu dalam meraikan kepelbagaian, identiti dan warisan bersama yang menyatukan rakyat Malaysia.

Selain itu, pada sambutan Keretapi Sarong, syarikat telah memperkenalkan  PERi-Gula Melaka iaitu  perisa pertama Nando’s Malaysia yang mengetengahkan ramuan tempatan.

Dengan gabungan rasa manis, berasap dan cukup dekat dengan cita rasa tempatan, PERi-Gula Melaka menjadi tanda kasih kecil Nando’s kepada selera rakyat Malaysia.

Pada majlis berkenaan, pengunjung berpeluang menikmati PERi-Gula Melaka Mini Espetadas secara percuma dan Nando’s turut menawarkan pemberian terhad berupa hidangan ayam, baucar dan sos botol, selain mengadakan pelbagai permainan serta mengedarkan barangan eksklusif Nando’s di TRX. -KOSMO! ONLINE

 

The post Keretapi Sarong raikan budaya, kreativiti, kepelbagaian identiti Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved