Jualan Agro Madani jimatkan poket rakyat RM24.72 juta

LocalBusiness & Finance
24 Oct 2026 • 12:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jualan Agro Madani jimatkan poket rakyat RM24.72 juta

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Jualan Agro Madani (JAM) di seluruh negara memberi impak terus kepada rakyat dengan penjimatan RM24.72 juta menerusi penawaran barangan keperluan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Faisal Iswardi Ismail berkata, sebanyak 3,344 program JAM telah dilaksanakan dengan nilai jualan keseluruhan RM77.65 juta sehingga 11 Oktober lalu,

“Pelaksanaan JAM menjadi antara usaha kerajaan membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat khususnya bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

“Di Terengganu sahaja, sebanyak 290 program JAM direkodkan sehingga 11 Oktober lalu dengan nilai jualan RM4.70 juta dan penjimatan pengguna sebanyak RM616,347,” katanya pada program JAM Mega Terengganu di Dataran Shahbandar, di sini, hari ini.

Faisal berkata, penganjuran JAM Mega Terengganu menjadi platform untuk memperluas pasaran produk tempatan selain membantu menstabilkan harga makanan asas.

Beliau berkata, penawaran harga lebih rendah melalui program berkenaan membolehkan pengguna menikmati penjimatan, disamping membantu meningkatkan pendapatan usahawan sektor agromakanan.

“Kita pada awalnya menyasarkan nilai jualan RM690,000 sepanjang lima hari penganjuran di Terengganu ini namun sasaran itu telah dilepasi semalam dengan nilai jualan direkodkan telah melebihi RM800,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jualan Agro Madani jimatkan poket rakyat RM24.72 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved