Kerajaan akan usaha bantu anak muda depani pelbagai isu - Anwar

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 9:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan akan usaha bantu anak muda depani pelbagai isu - Anwar
Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 hari ini. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu golongan muda mendepani pelbagai isu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau berkata, komitmen itu dizahirkan selepas mendengar pandangan dan nasihat anak muda dalam pelbagai perkara pada Sesi Temu Anwar dan Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda (HAMKA) Antarabangsa 2026 di Klang, Selangor hari ini.

"Hari ini, anak muda berdepan dunia yang semakin kompleks dengan perbezaan pandangan dan pertembungan idea adalah lumrah, namun ia perlu dipandu oleh ilmu, hujah dan adab, bukan sentimen, kebencian atau kepentingan kelompok.

"Saya mendengar pandangan dan nasihat anak-anak dalam pelbagai perkara dan insya-Allah kita akan berusaha sebaik mungkin dalam kemampuan yang ada untuk membantu anak-anak muda daripada pelbagai isu,” kata beliau.

Mengenai HAMKA, Perdana Menteri berkata nama himpunan itu mengingatkan beliau kepada ulama dan sasterawan Abdul Malik Karim Amrullah yang terkenal sebagai pemikir, "singa podium” dan pahlawan pena.

Beliau berkata karya serta pemikiran tokoh itu meninggalkan kesan besar kepada generasi muda dan mengajar mengenai pentingnya ilmu, keberanian menyatakan pandangan serta keterbukaan dalam mencambah idea. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved