
Jualan Kereta di Malaysia Dijangka Merosot Tahun Ini
Dalam tahun ekonomi dunia yang semakin mencabar ini, mungkin sebahagian besar daripada kita tidak terfikir nak menambah komitmen yang baharu.
Mungkin ada yang akan elak tukar kereta baharu, beli rumah baru dan menambah hutang-hutang lain seperti hutang Pay Later, kad kredit dan sebagainya.

Bila sebut pasal tukar kereta baharu, laporan kajian dari CGS International meramalkan jumlah keseluruhan industri automotif Malaysia bakal merosot sebanyak 8% tahun ini.
Hal ini bakal membawa kepada penurunan jumlah jualan kereta jatuh sehingga sekitar 755,000 unit sahaja berbanding 2025, 820,752 unit.
Punca Jualan Kereta Merosot
Kos sara hidup meningkat menjadi punca utama kepada jualan kereta merosot di Malaysia tahun ini. Ramai orang tangguh untuk beli kereta dan dahulukan keperluan lebih penting.
Selain itu, jumlah jualan luar biasa tahun lepas juga salah satu punca kerana orang ramai berebut untuk memiliki EV sebelum tamatnya pengeculian duti bagi model EV CBU.

Seterusnya, pengguna lebih memilih untuk kekal dengan kenderaan sedia ada dan tidak mahu menambah komitmen sedia ada dengan komitmen yang segar.
Jualan Yang Kekal Stabil
CGSI juga menjangkakan segmen yang kekal catat jualan yang stabil adalah kereta mampu milik seperti kereta dari jenama Proton dan Perodua.
Hal ini kerana harganya yang kompetitif dan kadar jualan semula yang tinggi boleh menarik minat pengguna memiliki kereta pertama.
Kenderaan EV juga dijangka kekal catat jualan stabil walaupun duti CBU telah tamat, pengguna bakal beralih kepada EV pasangan tempatan CKD seperti e.MAS 7 dan e.MAS 5.
Suku Pertama 2026

Bagi suku pertama tahun 2026, berdasarkan data dari Persatuan Automotif Malaysia, jualan untuk kenderaan penumpang merosot kepada 170,511 unit berbanding 2025, 176,714 unit.
Ini sejajar dengan jangkaan CGSI terhadap jumlah jualan yang bakal merosot sepanjang tahun 2026 ini di Malaysia.
Namun begitu, jika ingin menukar, menambah atau memiliki kereta baharu, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan nanti dah terhantuk baru nak terngadah.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Renung-renungkan.
