Juara Terbuka Perancis dalam genggaman, akhiri penantian 22 tahun

25 Oct 2026 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Juara Terbuka Perancis dalam genggaman, akhiri penantian 22 tahun
Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya ke perlawanan akhir Terbuka Perancis. Foto Bernama
Image from: Juara Terbuka Perancis dalam genggaman, akhiri penantian 22 tahun
Man Wei Chong-Kai Wun akan menentukan gelaran Terbuka Perancis menentang rakan senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.

PENANTIAN Malaysia selama 22 tahun untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis akhirnya bakal berakhir apabila dua pasangan negara mara ke final di Paris.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun memastikan gelaran itu menjadi milik Malaysia selepas masing-masing menempah slot ke final yang berlangsung pada Ahad.

Man Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 dalam aksi separuh akhir di Grand Arena Paris pada Sabtu.

**media[3688650]**

Sze Fei-Izzuddin melengkapkan dominasi negara apabila menundukkan satu lagi pasangan Indonesia, Leo Rolly-Daniel Marthin 22-20, 21-9 untuk turut melangkah ke perlawanan akhir.

Kejayaan kedua-dua pasangan itu memastikan Malaysia bakal menamatkan kemarau gelaran beregu lelaki di kejohanan itu sejak 2004.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved