Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jangan tak percaya kemeriahan sukan bola sepak pada waktu ini bukan hanya tertumpu pada Piala Dunia 2026 sahaja, sebaliknya di utara tanah air juga tidak kurang hebatnya!
Baru-baru ini, 16 pasukan bola sepak sekolah bawah 16 tahun (B-16) berkumpul di Padang Ipoh, Perak untuk merebut gelaran juara bagi Kejohanan Julie’s Choco More, Bola More 2026.
Acara tahunan ini sudah masuk edisi kelima susulan kejayaan penganjuran terdahulu di Kelantan, Johor, Selangor, dan terbaru Pulau Pinang pada tahun lalu.
Perjalanan mereka bermula sejak Jun menerusi pusingan 1/8 akhir, sebelum melabuhkan tirai pada 3 Julai dengan dua perlawanan yang penuh debaran, iaitu perlawanan tempat ketiga dan perlawanan akhir yang mana pemenang kedua-duanya hanya diketahui menerusi penentuan sepakan penalti.
Bukan kebetulan biasa, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat serta perlawanan final masing-masing berakhir dengan keputusan seri. Memang buat penonton tak senang duduk!
Bila Pemenang Tempat Ketiga Pun Ditentukan Dengan Penalti

MRSM Sultan Azlan Shah berdepan SMK King Edward VII dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tiada siapa berjaya memecah kebuntuan sehingga wisel penamat dibunyikan.
Keputusan? Masih seri.
Terpaksalah menentukan menerusi sepakan penalti. Dalam detik penuh tekanan itu, setiap sepakan membawa makna besar buat pemain-pemain muda ini — sama ada menghadiahkan kemenangan atau mengundang kekecewaan dan ternyata tuah menjadi milik SMK King Edward VII.
Final Pun Tak Kurang Sengitnya
Kalau perlawanan nak cari pemenang tempat ketiga pun dah cukup mendebarkan, aksi final antara SMK Clifford dan SMK Gunung Rapat pula membuktikan saingan sebenar masih belum berakhir.
Kedua-dua pasukan terus berentap sehingga wisel penamat dengan kedudukan kekal seri, memaksa mereka berdepan sekali lagi dengan penentuan sepakan penalti.
Kali ini, SMK Gunung Rapat yang lebih steady di bawah tekanan. Mereka bukan sahaja berjaya bergelar juara, malah turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM2,300 serta pingat, sijil penyertaan dan beg goodies eksklusif bersama 46 karton pek percubaan Julie’s Choco More Sandwic Biskut.
Julie’s Turut Turun Padang Sepanjang Kejohanan
Sepanjang kejohanan berlangsung, pihak Julie’s selaku penganjur utama turut sama turun padang dan berada di lokasi dari awal pagi sehingga acara selesai.
Bukan sekadar hadir untuk majlis penyerahan produk atau hadiah, mereka turut menyaksikan perlawanan, berinteraksi dengan para peserta dan memeriahkan suasana bersama penonton sepanjang hari.
Baik pemain mahupun penonton turut disajikan dengan Choco More Sandwic, antara ‘bintang utama’ sepanjang kejohanan.
Hadir dalam dua saiz pembungkusan, iaitu 352 gram dan 132 gram, snek ini menampilkan gabungan dua jenis coklat yang dibuat daripada serbuk koko halus.
Ramai pengunjung yang singgah dan memborong di booth pameran Julie’s di Padang Ipoh, di mana mereka boleh merasai pelbagai produk secara percuma sebelum membeli.
Selain itu, spot bergambar dengan dekorasi warna kuning yang menyerlah turut menjadi tarikan, sesuai untuk OOTD dan dikongsi di media sosial.
Lebih Daripada Sekadar Perlawanan Bola Sepak, Kejohanan Ini Satukan Semangat Kesukanan Generasi Muda
Kesimpulannya acara ini lebih daripada sekadar kejohanan bola sepak.
Sebaliknya Piala Julie’s Choco More, Bola More menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan dan persaingan sihat dalam kalangan pelajar sekolah.
Syabas kepada semua pasukan yang bertanding, terutamanya SMK Gunung Rapat yang berjaya dinobatkan sebagai juara!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Julie’s ataupun Instagram Rasmi Julie’s.




