Salah ambil risiko pilih Panenka

FootballSports
4 Jul 2026 • 7:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Salah ambil risiko pilih Panenka
Salah tenang ketika menyempurnakan sepakan penalti gaya Panenka. Foto: Agensi

MOHAMED Salah mendedahkan beliau sengaja mengambil risiko melakukan sepakan gaya Panenka dalam penentuan penalti menentang Australia kerana mahu meninggalkan kenangan istimewa jika Piala Dunia 2026 menjadi penampilan terakhirnya.

Kapten Mesir itu muncul antara wira utama apabila The Pharaohs mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Penyerang berusia 34 tahun itu berkata, keputusan melakukan Panenka dibuat sendiri kerana mahu menjadikan detik itu lebih bermakna dalam kariernya di Piala Dunia.

“Saya tanya diri saya, jika ini Piala Dunia terakhir saya, saya mahu menjadi pemain yang menjaringkan gol dengan Panenka,” katanya.

Salah turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas membantu Mesir melakar sejarah mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah negara itu.

Mesir menyempurnakan kesemua empat sepakan penalti menerusi Mahmoud Saber, Ramy Rabia, Salah dan Hossam Abdelmaguid, manakala Australia gagal memanfaatkan dua peluang untuk menukar tekanan kepada kemenangan.

Kemenangan itu menyaksikan Mesir kini menanti pemenang antara Argentina dan Cape Verde bagi aksi pusingan 16 terbaik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved