Jumlah Carian Di ChatGPT Kini Menghampiri 1/5 Daripada Jumlah Yang Dilakukan Di Google

Technology
4 Nov 2026 • 12:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jumlah Carian Di ChatGPT Kini Menghampiri 1/5 Daripada Jumlah Yang Dilakukan Di Google

ChatGPT nampaknya terus berkembang pesat dari hari ke hari. Mengikut data terbaru yang dikongsikan pihak ChatGPT ksebelum ini, perkhidmatan kecerdasan buatan janaan berkenaan kini mempunyai 1.2 bilion pengguna aktif mingguan.

Disamping bertanyakan pelbagai perkara, ChatGPT juga digunakan sebagai enjin carian dalam mendapatkan pelbagai informasi terkini. Menyentuhnya melalui temuramah bersama BigTechnology, kini ChatGPT dikatakan mempunyai jumlah carian menghampiri 20% daripada apa yang dilakukan di Google. Ini sekaligus turut memposisikan ChatGPT sebagai pesaing enjin carian yang sekian lama didominasi oleh Google.

Menurut perkongsian, sekiranya sebarang pertanyaan membawa kepada carian di web, maka mereka mengambil-kira ia sebagai carian. Melalui TickerTrends, ia dilihat angka bot OpenAI yang melakukan carian mencapai 18% berbanding angka yang dilakukan Googlebot pada Oktober 2026 lepas.

Image from: Jumlah Carian Di ChatGPT Kini Menghampiri 1/5 Daripada Jumlah Yang Dilakukan Di Google

Bagi anda sendiri, adakah anda kini telah mula melakukan carian menggunakan ChatGPT? Atau masih kekal menggunakan Google?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved