Jumlah penganggur naik kepada 513,000 orang bagi Mei 2026 berikutan pengambilan pekerja mula perlahan, kata MBSB Research

LocalBusiness & Finance
13 Jul 2026 • 11:00 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jumlah penganggur naik kepada 513,000 orang bagi Mei 2026 berikutan pengambilan pekerja mula perlahan, kata MBSB Research Image from: Jumlah penganggur naik kepada 513,000 orang bagi Mei 2026 berikutan pengambilan pekerja mula perlahan, kata MBSB Research amree13/07/2026 - 11:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Julai – Jumlah penganggur di pasaran buruh Malaysia meningkat kepada 513,000 orang pada Mei 2026, iaitu paras paling tinggi dalam tempoh enam bulan, menurut analisis MBSB Research


Situasi tersebut disebabkan pengambilan pekerja mula menunjukkan tanda-tanda perlahan susulan isu ketidaktentuan ekonomi global, namun pasaran buruh negara dilihat masih lagi kekal berdaya tahan.


Firma itu berkata, kadar pengangguran dijangka kekal rendah 3.0% sepanjang tahun ini, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia pada Mei 2026 yang tidak berubah bagi bulan kedua berturut-turut.


"Pertumbuhan guna tenaga mula sederhana manakala jumlah kekosongan jawatan berkurangan, menunjukkan majikan semakin berhati-hati dalam pengambilan pekerja baharu," kata MBSB Research lagi.


Menurutnya, guna tenaga menyusut 0.2% tahun ke tahun (YoY) berbanding pertumbuhan sifar pada April 2026, manakala tenaga buruh turut mengecil 0.3%, menyebabkan bilangan penganggur meningkat ketara.


Kadar pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun pula kekal tinggi pada 10.2%, menggambarkan graduan baharu dan pencari kerja peringkat permulaan masih berdepan kesukaran mendapatkan jawatan.

 

pasaran buruh_DagangNews2026

 

Ujar MBSB Research, permintaan menyederhana apabila jumlah kekosongan jawatan berkurangan kepada 103,400 pada Jun, namun masih melebihi paras 100,000 bagi bulan yang keempat berturut-turut.

 

"Sektor perkhidmatan terus merekodkan jumlah kekosongan jawatan terbesar walaupun susut kepada 63,600 susulan pengurangan pengambilan pekerja terutama perdagangan, serta hartanah," katanya.

 

Selain itu, kekosongan jawatan dalam sektor pembuatan dan pembinaan turut merosot, namun sektor pertanian serta perlombongan dan kuari menunjukkan peningkatan permintaan terhadap tenaga kerja.

 

MBSB Research menjangka perbelanjaan pengguna yang kukuh terus menyokong permintaan tenaga kerja, manakala pelaksanaan projek besar kerajaan diunjur mengukuhkan pekerjaan aktiviti sektor pembinaan.

 

Sektor pembuatan kata firma berkenaan, akan terus disokong oleh pemulihan industri elektrik dan elektronik (E&E), khususnya segmen semikonduktor, walaupun permintaan global masih tidak menentu.

 

"Risiko ketegangan geopolitik serta pertumbuhan ekonomi global yang perlahan menyebabkan majikan bersikap 'tunggu dan lihat', serta menjejaskan pengambilan pekerja," tambahnya. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved