Jumpa Belut Dimasuk Dari Dubur Dalam Perut Lelaki, Doktor Syak Untuk Kepuasan S*ks

4 Aug 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang kerap mengeluh sakit perut dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital telah mengejutkan para doktor.

Hal itu lantaran punca warga India yang datang mendapatkan rawatan di Hospital  Viet Duc, Hanoi, Vietnam adalah seekor belut yang dimasukkan melalui dubur.

Perut

Belut dengan panjang sekitar 65 cm itu ditemui di dalam perut lelaki yang juga sempat menjerit kesakitan.

Rupa-rupanya selepas diperiksa, doktor mendapati belut tersebut telah menggigit rektum dan usus besar pesakit tersebut.

“Belut itu telah menggigit rektum dan usus besar hingga keluar ke rongga perut.

“Belut dapat bertahan hidup dalam kondisi anaerobik untuk waktu yang lama dan memiliki kemampuan untuk menggigit saluran pencernaan,” kata Le Nhat Huy, Wakil Pengarah Pusat Bedah Hospital Viet Duc kepada media seperti dilaporkan Oddity Central.

Belut itu berjaya dikeluarkan dengan cara membedah perut lelaki tersebut.

Meski tidak menyatakan sebab belut tersebut boleh berada di dalam perutnya, doktor percaya tindakan itu dilakukan pesakit demi mendapat nikmat seks yang luar biasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved