Jumpa nanti! Shahrol Shiro sambut baik tawaran UKM – “Komedi perlukan keberanian, keyakinan individu…“

LocalEntertainment
29 Sep 2026 • 10:09 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak, Shahrol Shiro melihat komedi bukan sekadar medium untuk menghiburkan, sebaliknya mampu membina keberanian, keyakinan dan kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa.

Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata, pengalaman dalam bidang komedi memberi ruang untuknya berkongsi kemahiran berkenaan, khususnya dalam membantu mahasiswa menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.

“Komedi memerlukan keberanian serta keyakinan individu berdiri diatas pentas yang diadun bersama kemahiran komunikasi yang sangat baik.
“Kemahiran ini sangat diperlukan hari ini yang menjadi asas dalam menyampaikan mesej memandangkan waktu fokus generasi hari ini sangat singkat,” katanya, semalam.

Image from: Jumpa nanti! Shahrol Shiro sambut baik tawaran UKM – “Komedi perlukan keberanian, keyakinan individu…“

Dalam pada itu, Shahrol menyifatkan penglibatannya sebagai tenaga pengajar Kursus Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2026/2027 sebagai satu penghormatan.

“Saya menyambut baik tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus citra universiti sesi 2026/2027,” ujarnya.

Image from: Jumpa nanti! Shahrol Shiro sambut baik tawaran UKM – “Komedi perlukan keberanian, keyakinan individu…“

Katanya lagi, dia tidak sabar untuk bertemu mahasiswa yang bakal mengikuti kursus berkenaan dalam sesi akademik akan datang.

“Jumpa nanti ya adik adik UKM. Semoga komedi beredukasi ini dapat membantu perjalanan dilapangan kelak,” katanya.

Shahrol dijadualkan menjadi antara tenaga pengajar Kursus Citra universiti berkenaan bagi sesi 2026/2027, sekali gus membawa pengalaman dalam dunia komedi ke bilik kuliah.

Untuk rekod, Shahrol Shiro memulakan kerjayanya sebagai pelawak menerusi kumpulan Shiro pada 2012 sebelum berkembang menjadi pelakon, pengacara televisyen dan usahawan.

Sumber: FB Shahrol Azizie Azmi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved