‘Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti’ – UKM

LocalEntertainment
28 Sep 2026 • 7:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan Kursus Citra Universiti di UKM

Pelawak Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan bagi kursus Citra Universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

UKM dalam satu kenyataan memaklumkan, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi akan mengendalikan Kelas Seni Lakon di bawah Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC), dengan pengkhususan dalam bidang stand-up comedy.

Bagaimanapun, skop tugas beliau hanya melibatkan latihan amali dan praktikal bersama pelajar serta tidak merangkumi pengajaran di dalam kuliah.

Menurut UKM, pelantikan tersebut dibuat berdasarkan pengalaman Shahrol sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam pelbagai bidang termasuk lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi.

“Kursus Citra UKM (Seni Lakon) merupakan kursus di bawah Citra Kebudayaan yang ditawarkan kepada pelajar UKM bagi memberikan pendedahan dan pengalaman dalam bidang seni persembahan, khususnya aspek asas lakonan dan persembahan,” katanya.

Baca juga:

Sementara itu, FPSC merupakan fakulti yang memberi tumpuan kepada pengajian transdisiplin merangkumi pengajian umum, termasuk kursus berkaitan kebudayaan, sukan dan badan beruniform.

Terdahulu, Shahrol menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan beliau menerima tawaran sebagai salah seorang tenaga pengajar bagi Kursus Citra Universiti untuk sesi 2026/2027.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai kelayakan beliau untuk menggalas peranan berkenaan.

The post ‘Shahrol Shiro dilantik sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti’ – UKM appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved