Pelantikan Shahrol Shiro Sebagai Tenaga Pengajar: “Beliau Hanya Beri Latihan Amali & Praktikal Sahaja” – UKM

LocalEntertainment
28 Sep 2026 • 7:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pelantikan Shahrol Shiro Sebagai Tenaga Pengajar: “Beliau Hanya Beri Latihan Amali & Praktikal Sahaja” – UKM

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (27 September), kecoh di media sosial mengenai pelantikan bekas ahli kumpulan pelawak Shiro, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi sebagai tenaga pengajar bagi subjek Seni Lakon di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ramai yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Shahrol namun ramai juga yang mempersoalkan pelantikan tersebut sehingga ada yang mahukan penjelasan daripada UKM.

Pelantikan Shahrol Khusus Kepada Stand-Up Comedy, Hanya Beri Latihan Amali & Praktikal

Terbaharu, UKM dalam satu kenyataan di Facebook menjelaskan bahawa pelantikan Shahrol di Fakuti Pengajian Sains Citra (FPSC) adalah sebagai pengajar sambilan.

Jelas mereka, pelantikan Shahrol yang juga merupakan pelakon dan bekas penyampai radio bagi kelas berkenaan adalah mengkhususkan kepada stand-up comedy (komedi berdiri).

“Melalui lantikan ini, beliau hanya memberi latihan amali dan praktikal sahaja tanpa melibatkan pengajaran di dalam kuliah.

“Lantikan ini juga adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengamal industri seni yang mempunyai penglibatan dalam bidang lakonan, persembahan, komedi, pengacaraan dan produksi,” kata mereka.

Kursus Citra UKM Beri Pendedahan & Pengalaman Bidang Seni Persembahan Kepada Pelajar

Menerusi hantaran itu juga, UKM turut menjelaskan bahawa Kursus Citra UKM (Seni Lakon) merupakan kursus di bawah Citra Kebudayaan yang memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar tentang bidang seni persembahan khususnya dari aspek asas lakonan dan persembahan.

“Sementara itu, FPSC adalah fakulti yang mengkhususkan kepada pengajian transdisiplin, meliputi pengajian umum termasuk kursus kebudayaan, sukan dan badan beruniform,” tulis mereka.

Shahrol Sambut Baik Tawaran UKM

Sebelum ini, Shahrol dalam satu hantaran di Facebook berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila dia mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar di Fakulti Pengajian Sains Citra bagi semester I sesi 2026/2027 untuk kursus Seni Lakon.

Malah, Shahrol menyambut baik tawaran tersebut serta turut berkongsi surat tawaran berkenaan yang bertarikh 10 September 2026 yang diperolehinya.

“Komedi memerlukan keberanian serta keyakinan individu berdiri di atas pentas yang diadun bersama kemahiran komunikasi yang sangat baik.

“Kemahiran ini sangat diperlukan hari ini yang menjadi asas dalam menyampaikan mesej memandangkan waktu fokus generasi hari ini sangat singkat.

“Saya menyambut baik tawaran Universiti Kebangsaan Malaysia UKM sebagai salah seorang tenaga pengajar kursus citra universiti sesi 2026/2027,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, perkongsian itu mencetus perdebatan apabila ramai yang mempersoal kredibiliti Shahrol serta berpendapat ramai lagi individu yang lebih layak.

Baca Artikel Berkaitan:

“Baik Bagi Orang Lama Dalam Bidang Seni” – Pelantikan Shahrol Shiro Sebagai Tenaga Pengajar Di UKM Cetus Perdebatan
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved