Jumpa rangka manusia: Buruh Rohingya ditahan kes bunuh

13 Oct 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jumpa rangka manusia: Buruh Rohingya ditahan kes bunuh

KANGAR – Seorang buruh kontrak etnik Rohingya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh susulan siri penemuan tulang manusia di Simpang Empat, dekat sini pada Julai dan Ogos lalu.

Suspek berusia 38 tahun itu diperintah menjalani tahanan reman sehingga 19 Oktober ini oleh Majistret Nurul Natasha Rizal di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di sebuah rumah di Kampung Behor Rotan Pahit, Sungai Berembang, Kuala Perlis.

“Setakat ini, tiada sebarang pengakuan diperoleh daripada suspek juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian. Suspek menyatakan bahawa dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut melalui kumpulan WhatsApp sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Yusharifuddin, siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai buruh kontrak dan pernah melakukan kerja di sekitar Sungai Limau serta Kota Sarang Semut, Kedah sejak dua bulan lalu.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati keputusan negatif dadah. Suspek turut mempunyai satu rekod kes lampau berkaitan dadah mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang direkodkan di Simpang Empat pada 2022,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

The post Jumpa rangka manusia: Buruh Rohingya ditahan kes bunuh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved