Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

13 Oct 2026 • 12:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh 

KANGAR: Seorang lelaki pelarian Myanmar pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Nurul Natasha Rizal.

“Suspek ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di sebuah rumah di Kampung Behor Rotan Pahit, Sungai Berembang, Kuala Perlis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata kes itu berkaitan penemuan rangka manusia di sini pada penghujung Julai lepas dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved