Jungkook BTS Sah Sedang Berkhidmat Sebagai Tukang Masak Dalam Tentera Kini

20 Mar 2024 • 10:27 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun sedang berkhidmat dalam tentera, Jung-kook BTS sentiasa memberi kemas kininya kepada peminat.

Terbaru, Jung-kook yang sedang menjalani khidmat tentera kini, telah disahkan sedang berkhidmat sebagai tukang masak.

Menerusi laman Weverse, lelaki itu menulis,

Saya sihat. Saya bekerja keras untuk bersenam. Saya juga sangat pandai membersihkan kawasan, hingga ke siling. Selain itu, saya juga telah memasak untuk kru.

Menurut sumber, memasak adalah salah satu kerja yang sukar dalam tentera kerana pelatih perlu bangun awal dan bekerja lebih masa setiap hari. Tambahan, ia adalah kerja yang melibatkan pisau, api dan minyak, serta perlu membawa dan mengalihkan barang berat sepanjang masa.

Sebelum ini menerusi siaran langsung, Jung-kook juga sering menunjukkan kemahiran memasaknya seperti menyediakan hidangan seperti pasta dan mi sejuk Korea.

Cayalah Jung-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.