
Kota Kinabalu: Pengerusi Kelab Kebajikan Kemajuan Sabah, Anna Bell Perian menyifatkan dakwaan Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong mengenai tindakan tiga Ahli Dewan Undangan (Adun) Warisan keluar daripada parti itu sebagai terdesak dan melulu.
Menurut beliau, tuduhan bahawa Mohammad Mohamarin (Adun Banggi), Norazlina Arif (Adun Kunak) dan Chong Chen Bin (Adun Tanjong Kapor) yang mengumumkan keluar parti secara rela Isnin lalu kerana wang ringgit dan jawatan jelas bertujuan untuk merosakkan imej Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).
Katanya, Junz Wong sepatutnya berfikir lebih matang mengenai politik Sabah yang memerlukan lebih kestabilan dalam menempuhi cabaran ekonomi yang agak sukar pada hari ini.
