Jurang Antara Keluarga: Kenapa Rasa Berat Untuk Luah Isi Hati Pada Ahli Keluarga & Sering Rasa Tak Difahami?

LocalFamily & Parenting
14 Oct 2025 • 10:57 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak dinafikan, perjalanan hidup ini kadang-kadang memang sukar untuk dijangkakan. Ada kalanya, keluarga sendiri adalah orang yang paling sukar untuk kita meluahkan sesuatu perkara, walaupun mereka merupakan darah daging sendiri.

Bukanlah disebabkan mereka ini ‘jahat’ atau sebagainya, tapi ia lebih kepada perasaan tidak senang untuk meluahkan sesuatu perkara kerana khuatir mereka tersalah erti tentang mesej sebenar yang ingin disampaikan. 

image is not available
Foto: Reunion antara ahli keluarga terdekat kebiasaannya menjadi hari paling ingin dielakkan oleh sesetengah orang, takut disoal perkara yang tiada jawapan. (Gambar sekadar hiasan).

Perit jugalah, sebab ada sesetengah perkara memang terlalu berat/janggal untuk diluahkan kepada orang luar termasuk kawan.

Pernah rasa macam itu, kan? Dilema sungguh dibuatnya. 🙁

Salah Faham Jadi Punca Terciptanya ‘Rasa Menjauh’ Di Antara Ahli Keluarga Terdekat

Sambutan Deepavali (juga dikenali sebagai Diwali) merupakan perayaan penting bagi masyarakat Hindu, khususnya di India dan juga di negara seperti Malaysia.

Ia dikenali sebagai “Perayaan Cahaya” dan disambut untuk meraikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kebaikan ke atas kejahatan. Oleh itu, ziarah menziarahi adalah salah satu cara untuk menyambut perayaan ini.

Baru-baru ini, Julie’s iaitu jenama biskut terkemuka telah mengeluarkan satu filem pendek yang diberi tajuk ‘The Duel’ dengan mesej sangat mendalam buat orang ramai. Nampak simple, tapi mesej yang cuba disampaikan itu memang menusuk jiwa dan raga, ya.

Seperti biasa, setiap kali sambutan perayaan Deepavali pastilah akan ada perjumpaan beramai-beramai dengan ahli keluarga terdekat ataupun yang sudah lama tidak berjumpa.

The Duel menceritakan bagaimana dua orang ahli keluarga terdekat mengalami masalah yang boleh dikatakan ‘agak berat’ di mana mereka tidak mampu untuk meluahkan kasih sayang antara satu sama lain– walhal mereka sebenarnya sangat mengambil tahu perihal masing-masing.

Pendek kata, lebih kepada ‘ego’ untuk menzahirkan perasaan tersebut.

Benar, kadangkala reunion bersama ahli keluarga pada musim perayaan menjadi ‘nightmare’ buat sesetengah orang. Ini kerana perbualan antara generasi boleh menjadi tegang di mana soalan/komen yang kedengaran janggal kemungkinan akan timbul.

Sekali lagi, ia bukan kerana seseorang itu jahat atau sebagainya– mereka mungkin hanya mengambil berat, tetapi penyampaiannya kurang tepat. Itu sahaja. 

Filem Pendek Julie’s Sempena Deepavali Ketengahkan Isu Soalan ‘Sensitif’ Oleh Ahli Keluarga Di Saat Musim Perayaan

Jika anda tonton filem pendek Julie’s bersempena dengan Deepavali tahun ini, mesej tersirat dan tersuratnya sangatlah jelas. Seorang makcik, Dhana, dan anak saudaranya, Saralah, yang sedang meningkat dewasa dilihat hanya mampu bermonolog dalaman saat mereka bersua.

image is not available
Foto: Dhana, ibu saudara kepada Saralah yang memiliki 1001 persoalan yang tidak terluahkan di mulut. Hanya raut wajah dan detak hati yang ‘berkata-kata’.

Malah, menerusi suara hati mereka– dapat dilihat dengan jelas bagaimana salah faham kecil dan sikap stereotaip telah menyelubungi mereka berdua sehingga menjauhkan lagi hubungan silaturahim yang terbina sejak kecil. 🥺

image is not available
Foto: Saralah, yang secara tidak sengaja terjeling ibu saudaranya itu oleh kerana salah faham dan menganggap dirinya sedang dinilai dengan salah.

Sedih jugalah sebab ia seakan-akan membuatkan ada perkara yang tidak terluahkan di mulut dan hanya terpahat di hati sesama sendiri. Banyak salah faham yang akan timbul sekiranya mereka berdua tidak berkomunikasi.

Nenek Muncul Untuk Jadi ‘Lifesaver’, Soalan Lebih Sensitif Diutarakan

Melihat keadaan yang semakin tidak terkawal pada ketika itu, muncul si nenek, Paati, cuba untuk meredakan ‘ketegangan’ pada ketika itu dengan melontarkan soalan yang jauh lebih sensitif, namun akhirnya dapat menyelamatkan keadaan!

image is not available
Foto: Nenek be like.. “Oh no..”. Raut wajah nenek yang mula runsing dan berfikir dengan pantas cara untuk meleraikan keadaan di antara Dhana dan Saralah.

“Dhana, bila kau nak jadi seorang nenek?” soal Paati kepada Dhana. Terkedu jugalah tetapi dia mengerti itu adalah soalan berbaur usikan semata-mata dan hanya mampu tersengih tanpa dapat menjawab.

Mula-mula memang nampak macam nak bertengkar, tapi sejurus Paati menyelit masuk ke dalam perbualan mereka, kedua-duanya yang pada ketika itu dingin antara satu sama lain terus bertukar raut wajah kepada keceriaan.

Bukan itu sahaja, babak simbolik koboi yang dimainkan di televisyen ketika itu mencerminkan sisi berbeza mereka– di mana ia menonjolkan lagi pertembungan antara dua generasi.

Tonton video penuh DI LINK INI.

Kasih Sayang Boleh Diungkapkan Dengan Cara Berbeza Dengan Julie’s Butter Crackers!

Biskut Julie’s Butter Crackers turut menjadi ‘watak penting’ dalam filem ini setelah muncul dalam scene yang membuatkan momen lebih tenang, mendamaikan hati dan merapatkan lagi jurang emosi antara satu sama lain.

Di saat orang lain merayakan sambutan Deepavali dengan gembira, kita pun nak ‘smoothkan’ hubungan antara keluarga dengan adanya Butter Crackers, kan? #SmoothLikeButter 😄

image is not available

Mesej pentingnya adalah– hubungan kekeluargaan sentiasa boleh dipulihkan dengan sedikit kefahaman dan juga snek yang enak, seperti kudapan dengan biskut Julie’s Butter Crackers. 💛 

Kraker bertekstur ringan dan berlapis ini mempunyai sentuhan lembut dan harum mentega krim yang boleh dinikmati begitu sahaja, atau digandingkan dengan sapuan manis atau masin. 

Sebagai snek peneman sejati pada bila-bila masa, Julie’s Butter Crackers merupakan antara produk ikonik Julie’s yang sesuai dinikmati di mana-mana dan anytime je!

Mengandungi bijirin dengan gluten dan derivatif susu, produk ini dihasilkan di fasiliti yang turut memproses produk yang mengandungi derivatif soya, kacang tanah, bijan, kekacang, dan produk berasaskan kacang.

Julie’s Butter Crackers kini boleh didapati di Shopee, Lazada, ataupun supermarket berdekatan. Jom borong dan makan bersama-sama dengan family! 💛

 #JuliesBiscuits #JuliesButterCrackers #TheDuel