Jurufoto tolak pengantin jatuh parit, pihak bridal sedih kenangkan baju sewa

LocalEntertainment
20 Jan 2025 • 3:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Jurufoto tolak pengantin

Tindakan seorang jurufoto tolak pengantin lelaki ke dalam parit di sebuah kawasan kampung telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @shaffat.as di laman TikToknya, dapat dilihat jurufoto tersebut sedang menjalankan sesi fotografi bersama pengantin lelaki dan perempuan di jambatan kecil berdekatan dengan parit keruh.

Jurufoto tolak pengantin

Bagaimanapun, jurufoto bertindak bergurau ‘kasar’ dengan menolak pengantin lelaki dari arah belakang sehingga menyebabkan busana songket yang disewa basah.

Jurufoto tolak pengantin

image is not available

image is not available

Pemilik songket luah rasa kecewa

Menjengah ke ruangan komen, pihak penyewa busana yang dikenali sebagai Tepak Sireh Bridal meluahkan rasa kecewa kerana busana berkain songlet dan aksesori yang dipakai mempelai mempunyai cara pencucian tersendiri bagi mengelakkan warnanya luntur atau rosak.

“Kenapa abang kameraman buat macam tu? Itu baju saya, rosak la tanjak basah sebab tak boleh kena air. Aksesori pun tak boleh kena air.

“Tanjak, bekung dan aksesori tak boleh kena air sebab ada cara nak cuci dia, kalau rendam macam tu dengan air dia akan jadi lembik sebab dalam tanjak tu cardboard,” jelas pemilik akaun Tepak Sireh Bridal di ruangan komen.

Jurugambar mohon maaf, akan bayar ganti rugi

Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, jurufoto tersebut tampil memohon maaf kepada pihak Tepak Sireh Bridal dan akan membayar ganti rugi bagi sebarang kerosakan.

image is not available

image is not available

image is not available

Netizen nasihat, bergurau ada masanya!

Dalam pada itu, netizen turut menitipkan nasihat kepada jurufoto supaya lebih berhati-hati dan berpada-pada apabila melakukan sesuatu tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada individu lain.

image is not available image is not available

Sumber: TikTok @shaffat.as