
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial memaparkan aksi seorang pengantin lelaki ditolak ke dalam parit ketika sesi fotografi.
Kejadian ini bukan sahaja mengejutkan ramai, tetapi turut menimbulkan kemarahan pemilik butik pengantin Tepak Sireh Bridal.
Viral video pengantin ditolak ke dalam parit

Pengantin yang mengenakan persalinan songket eksklusif dikatakan menyewa pakaian tersebut untuk majlis perkahwinan mereka.
SAPE PERLUKAN CAMERAMAN PENGANTIN ,SAYA BOLEH BUAT.SLOT KOSONG #fyp #fypシ
Namun, tindakan melulu ini telah menyebabkan songket dan tanjak yang digunakan terdedah kepada kerosakan akibat air.
Paling membimbangkan, pakaian ini sepatutnya digunakan oleh pengantin lain pada minggu berikutnya.
Pelanggan butik bimbang baju akan rosak
Pemilik Tepak Sireh Bridal meluahkan kekecewaannya kerana songket dan tanjak adalah pakaian tradisional yang memerlukan penjagaan rapi.
Akibat insiden tersebut, ramai pelanggan butik mula meluahkan kebimbangan terhadap pakaian yang bakal mereka sewa.

Terbaru, jurufoto tampil memohon maaf mengakui kesilapan yang dibuat pihaknya. Dia sudah berbincang dengan pengantin untuk membayar sejumlah ganti rugi kepada butik.
Butik jelaskan video bukan content

Selain membayar ganti rugi, jurufoto juga berjanji akan membuat video promosi butik sebagai tanda minta maaf.
Namun, butik pengantin menegaskan apa yang berlaku bukanlah content semata-mata. Sebagai pemilik butik, dia sendiri terkejut dan masih menanti baju dipulangkan untuk melihat sendiri keadaan baju.
Di sini saya nak tegaskan tak pernah terlintas di hati saya nk mengejar follower semata-mata dengan content yang tak bermanfaat. Jujur saya bagitahu pada ketika dan saat ini saya hanya memikirkan pasal pengantin saya yang akan pakai baju tu next week. Keadaan baju tu saya tak tengok lagi disebabkan majlis baru sahaja berlangsung pada 19/1/25. Saya tunggu pengantin datang jumpa dan hantar baju tu pada saya.
Apa-apa pun pemilik butik berterima kasih di atas kata-kata semangat dan sokongan yang diberikan netizen kepada pihaknya. Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran supaya menjaga ‘harta’ yang disewa dengan sebaiknya.
#OhmediaNasihat
Kes ini mengingatkan kita tentang kepentingan menghormati barangan yang disewa, lebih-lebih lagi pakaian tradisional seperti songket. Selain menjaga hubungan baik dengan peniaga, ia juga menunjukkan adab dalam menghargai budaya kita. Jadikan insiden ini iktibar supaya lebih berhati-hati di masa hadapan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok Tepak Sireh Bridal
The post
appeared first on
.

