Pihak ‘Bridal’ Kecewa Baju Pengantin Basah, Jurufoto Mohon Maaf & Nak Ganti Rugi Tapi…

Entertainment
20 Jan 2025 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular sebuah video di TikTok memaparkan tindakan seorang jurufoto perkahwinan menolak pengantin lelaki ke dalam parit sebagai gurauan.

Dalam video terbabit, pasangan pengantin bersama jurufoto berada di atas jambatan kecil untuk sesi fotografi.

Ketika pengantin lelaki melakukan gaya posing, jurufoto terbabit secara tiba-tiba menolak pengantin dari belakang jatuh ke dalam parit yang keruh itu.

Meskipun ia dilihat sebagai gurauan, tindakan jurufoto berkenaan telah mengundang kekecewaan pihak bridal.

image is not available image is not available

“Tu baju saya… Rosaklah”

Pihak bridal meluahkan rasa terkejut dan kecewa kerana busana yang dipakai pengantin terbabit disewa daripadanya.

Menurutnya, tindakan jurufoto terbabit boleh menyebabkan busana dan aksesori pengantin rosak kerana pakaian itu mempunyai cara pencucian khusus.

Katanya, baju sewa berkenaan merupakan baju baharu dan pengantin terbabit adalah orang pertama yang memakainya.

Apa yang lebih merisaukan adalah baju berkenaan sudah disewakan kepada pelanggannya yang lain yang akan dipakai pada minggu hadapan.

image is not available image is not available

Jurufoto mohon maaf

Susulan insiden itu, pihak jurufoto berkenaan telah melakukan permohonan maaf kepada pihak bridal dan bersedia menawarkan ganti rugi atas sebarang kerosakan.

“Nanti kami bayar dekat Mamaqi (pihak bridal) lepas semua okay dan bincang. Saya minta maaf saya akan counter balik video untuk promote kedai Mamaqi.”

image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, pelanggan yang bakal memakai busana terbabit turut meluahkan kekecewaannya dengan insiden yang berlaku.

Pihak bridal ada menyatakan akan mengusahakan untuk menjahit baju baharu namun pelanggan risau kerana takut tidak cukup masa disebabkan majlisnya pula pada minggu hadapan.

image is not available

Kesian kepada pihak bridal dan pelanggan. Kita doakan agar isu ni dapat diselesaikan segera…

Sumber: TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.