Seorang jurugambar jalanan berkongsi rakaman video diganggu oleh seorang kanak-kanak lelaki dipercayai warga asing di Bukit Bintang.
Dalam hantaran video di TikTok berdurasi 2 minit 39 saat itu, jurugambar jalanan berkenaan dilihat berjalan menyeberangi sebuah jalan di Bukit Bintang sebelum dihampiri seorang kanak-kanak lelaki yang menyedari dirinya dirakam.
solo photowalk struggles… foryou fyp beginner photography videography cinematography streetphotography photoshoot portrait streetportrait creativeportrait wideangle fisheye camera sony zve10 malaysia travel film photographer cinematic explore discover heckle heckler
Kanak-kanak itu bertindak mengasak jurugambar tersebut dengan pertanyaan berulang kali tentang mengapa gambarnya diambil oleh jurugambar tersebut.
Berang diasak, jurugambar terbabit berkata dia akan menelefon polis jika kanak-kanak itu terus mengacaunya namun kanak kanak tersebut dengan samseng menyuruhnya menelefon polis
Kejadian itu disedari dua jurugambar jalanan lain yang kemudiannya menyuruh jurugambar itu supaya tidak melayan budak tersebut. Ujar mereka, kanak kanak tersebut kerap mengacau orang lain di kawasan tersebut.
Seorang warganet juga turut meninggalkan komen di video tersebut, berkongsi pengalamannya dikacau oleh kanak-kanak terbabit.
“Diorang suka ugut orang lepastu paksa bagi duit. Ada yang nak RM10 ke atas je,” katanya.
Hantaran video berkenaan yang kini sudah mencecah 2.8 juta tontonan itu juga turut menyuarakan kebimbangan masyarakat terhadap lambakan warga asing di ibu kota yang selalu mencetuskan kekecohan.
The post Jurugambar jalanan rimas diganggu kanak-kanak warga asing di Bukit Bintang appeared first on The Reporter.




![Betul Ke Trend Menari Ambil Duit Raya Berasal Dari Bangsa Yahudi? Ini Yang Patut Korang Tahu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)