
Jurujual Dari Sabah Menang RM20.9 Juta Jackpot Toto 4D. Seorang jurujual dari Sabah menjadi salah seorang daripada dua pemenang bertuah yang berkongsi hadiah Jackpot 1 Toto 4D bernilai RM23.1 juta pada malam Tahun Baru Cina.
STM Lottery Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan bahawa wanita berusia 54 tahun itu telah membawa pulang bahagian terbesar, iaitu sebanyak RM20.9 juta, selepas membeli tiket System Play.

“Saya hanya sekadar mencuba nasib apabila melihat Jackpot 1 Toto 4D telah melebihi RM10 juta,” katanya.
“Saya tidak mempunyai nombor khusus untuk dipilih, jadi saya hanya mengambil nombor pendaftaran kereta yang terdapat di kawasan kejiranan saya. Saya kemudian mengumpulkan 18 set nombor untuk dipertaruhkan dengan tiket System Play kerana angka 18 dianggap sebagai nombor paling bertuah semasa Tahun Baru Cina.
“Saya hanya menyemak keputusan pada hari pertama Tahun Baru Cina, dan angpow besar ini sememangnya perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup saya,” katanya.
Pasangan nombor bertuah miliknya – 8544 & 6238 menerusi tiket System 18 – telah memberikannya wang kemenangan sebanyak RM20,924,354.85, serta RM5,376 sebagai bonus System Play.
Menurutnya lagi, sebahagian daripada wang kemenangan itu akan dikongsi bersama ahli keluarganya, dan selebihnya akan digunakan untuk pelaburan.
Pemenang Kedua Bawa Pulang RM2.2 Juta
Sementara itu, pemenang kedua merupakan seorang pereka berusia 57 tahun dari Selangor yang membawa pulang RM2.2 juta menerusi tiket i-System 20.
“Saya perlu berterima kasih kepada pembantu khidmat pelanggan yang mencadangkan saya bertaruh pada hari Special Draw. Jika tidak, saya mungkin telah terlepas peluang keemasan ini.
“Sebanyak 20 set nombor 4D yang saya pilih, termasuk nombor kemenangan saya – 2896 & 6238 – merupakan nombor lama yang telah saya pertaruhkan sejak sekian lama,” katanya.
Tiket i-System 20 miliknya membawakan hadiah kemenangan sebanyak RM2,202,563.55, bersama bonus i-System bernilai RM637.20.
Pereka itu berkata beliau bercadang untuk membeli sebuah rumah bagi anak perempuannya dan menyimpan selebihnya sebagai dana persaraan.
Baca juga artikel lain :

