Jurulatih renang ditahan, rampas dadah RM6.8 juta

15 Oct 2026 • 7:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jurulatih renang ditahan, rampas dadah RM6.8 juta

JASIN – Sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di daerah ini semalam membongkarkan kegiatan pengedaran dadah membabitkan seorang jurulatih renang.

Suspek yang berusia 27 tahun diberkas di kawasan Tol Lipat Kajang, di sini, pada pukul 11.30 pagi sebelum merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.8 juta dalam serbuan di negeri ini dan Johor.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jasin yang melakukan sekatan jalan raya mengesan suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan terhadap kereta jenis Toyota Vios yang digunakan suspek membawa kepada penemuan ketamin seberat 3.70 gram dan MDMA (3,4 methylenedioxymethamphetamine) seberat 27.50 kilogram (kg) yang dibungkus dalam paket jus minuman.

“Hasil siasat dan maklumat diperoleh daripada suspek membawa kepada operasi susulan di Johor dengan kerjasama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut berjaya mengesan sumber bekalan serta lokasi penyimpanan dadah.

Berita lanjut menyusul

 

The post Jurulatih renang ditahan, rampas dadah RM6.8 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved