Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun disyaki seludup kokain

13 Oct 2026 • 1:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun disyaki seludup kokain

TOKYO – Lima rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo kerana disyaki cuba menyeludup masuk kokain seberat kira-kira lima kilogram dari Malaysia yang dianggarkan bernilai 120 juta yen (US$758,000) di pasaran gelap, lapor Kyodo News.

Dadah itu disembunyikan di bawah pelapik dalam kasut mereka.

Polis mengesyaki kelima-lima individu itu mungkin direkrut sebagai keldai dadah selepas hasil soal siasat mendapati mereka menghadapi masalah kewangan dan telah berkomunikasi dengan seorang individu tidak dikenali menerusi aplikasi pemesejan yang menawarkan tahap ketanpanamaan yang tinggi.

Menurut polis, empat daripada suspek mengaku melakukan perbuatan itu, manakala seorang lagi menafikannya. Kesemua mereka ditahan pada Sabtu.

Pegawai pemeriksa kastam pada mulanya menemukan bungkusan kokain yang disembunyikan di bawah pelapik dalam kasut dua suspek, dengan setiap sebelah kasut mengandungi 500 gram dadah itu.

Keterangan kedua-dua suspek itu kemudian menimbulkan syak wasangka bahawa mereka melakukan perjalanan bersama individu lain, sekali gus membawa kepada penemuan tiga lagi suspek di lapangan terbang berkenaan yang turut menyembunyikan kokain di dalam kasut mereka dengan cara yang sama. – Bernama

The post Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun disyaki seludup kokain appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved