Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas

15 Oct 2026 • 9:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jurulatih renang ditahan, dadah RM6.8 juta dirampas
Sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di daerah ini semalam membongkarkan kegiatan pengedaran dadah membabitkan seorang jurulatih renang.

JASIN – Sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di daerah ini semalam membongkarkan kegiatan pengedaran dadah membabitkan seorang jurulatih renang.

Penahanan kira-kira jam 11.30 pagi itu membawa kepada operasi lanjut yang menyaksikan pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan RM6.8 juta dirampas.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, suspek dikesan ketika anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Jasin menjalankan sekatan jalan raya.

Katanya, tindakan memeriksa Toyota Vios yang dinaiki lelaki itu dibuat selepas gerak-gerinya menimbulkan syak wasangka.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan ketamin seberat 3.70 gram dan MDMA (3,4-methylenedioxymethamphetamine) sebanyak 27.50 kilogram yang disimpan dalam bungkusan menyerupai paket jus minuman.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh susulan penahanan itu kemudian digunakan untuk menggerakkan operasi di Johor dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri berkenaan.

Operasi berkenaan membolehkan polis mengenal pasti lokasi penyimpanan dadah serta sumber bekalan bahan terlarang itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, di sini, hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved