Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu

LocalHealth & Fitness
10 Aug 2026 • 5:11 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Azhan Rani konsisten derma darah.

Pelakon Azhan Rani mencuri perhatian netizen bukan sahaja kerana lakonannya, malah menerusi kisah amalnya yang konsisten menderma darah.

Perkara itu dikongsikan seorang jururawat menerusi media sosial, yang memaklumkan Azhan tidak pernah gagal hadir untuk menderma darah setiap dua minggu, kecuali jika mempunyai urusan penggambaran di luar.

Menurutnya, Azhan menjalani pendermaan secara ‘apheresis’ setiap dua minggu, iaitu proses menderma komponen darah seperti plasma dan platelet.

Selain itu, pelakon berkenaan turut melakukan pendermaan darah penuh atau ‘whole blood donation’ setiap tiga bulan, yang melibatkan pengambilan keseluruhan komponen darah.

Kisah tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang tidak melepaskan peluang mengusik Azhan dengan mengaitkan rutin pendermaan darahnya dengan satu babak klinik dalam drama Bulan Henti Bicara yang disiarkan di Astro Ria.

@qilis_26

Replying to @Sheeda Rashid Che Azhan derma Apheresis. Ambil komponen darah plasma dan platelet. Kekerapan pendermaan yg ni adalah dua minggu sekali.

♬ original sound – Qilis – Qilis
Baca juga:

Menerusi babak berkenaan, Azhan yang membawakan watak Jamali tampil dengan gelagat dan dialog yang mencuit hati, sekali gus mengundang gelak tawa netizen di TikTok.

Video berkenaan mendapat sambutan hangat di TikTok apabila merekodkan lebih 2.7 juta tontonan, selain meraih sekitar 166,000 tanda suka dan 7,527 perkongsian.

The post Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved