Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Faizal Ahmad, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu ditemui selamat.
Perkara itu disahkan oleh isterinya menerusi hantaran di Facebook.
“Saya ingin memaklumkan bahawa suami saya telah selamat dijumpai dan hal ini telah diselesaikan di balai bersama pihak polis,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut mengenai tentang penemuan itu atas sebab-sebab peribadi.
“Terima kasih kerana sudi membuat hebahan berkenaan berita kehilangan suami saya.
“Atas sebab-sebab peribadi dan hal keluarga, saya tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut tentang kes ini.
“Tapi saya ingin mengesahkan bahawa suami saya berada dalam keadaan yang selamat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan penghargaan buat semua rakyat Malaysia yang menularkan berita kehilangan suaminya.
Terdahulu, Faizal Ahmad dilaporkan hilang selepas keluar bekerja sejak lebih seminggu lalu. Susulan itu, isteri dan keluarga memohon jasa baik orang ramai untuk mengesan keberadaan suaminya.
The post Jurutera JPS Kelantan, Faizal Ahmad ditemui selamat appeared first on The Reporter.




