Jurutera UniSZA didakwa perdaya lima kontraktor

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 2:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jurutera UniSZA didakwa perdaya lima kontraktor
Tertuduh (kanan) ketika dihadapkan di Mahkamah di Kuala Terengganu pada Rabu.

​KUALA TERENGGANU — Seorang jurutera awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lima pertuduhan memperdayakan lima kontraktor membabitkan jumlah keseluruhan RM18,198, sekitar tahun 2023 hingga 2024.

​Tertuduh, Mohd Nizam Mohd, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

​Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdayakan lima kontraktor dengan mendorong mereka menyerahkan sejumlah wang bagi tujuan pembelian peralatan, bayaran perkhidmatan serta sumbangan program atau kelab UniSZA.

​Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengetahui bahawa wang itu bukan digunakan bagi tujuan berkenaan, sebaliknya secara tidak jujur mendorong kesemua mangsa memindahkan wang berjumlah RM18,198 ke dalam akaun bank milik isterinya.

​Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

​Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

​Selain itu, mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport, melaporkan diri di Pejabat SPRM Terengganu tidak lewat daripada 5 hari bulan setiap bulan, serta dilarang berkomunikasi dengan mana-mana saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amalina Najwa Mohd Ali bersama Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Raihan Mohd Yusof dan Fatiha Abdul Shatar, manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin daripada firma Wan Shahrizal, Hari & Co.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved