Ustaz Lah Didakwa 51 Pertuduhan Pecah Amanah, Pindah Wang Haram RM15.4 Juta

26 Aug 2026 • 4:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ustaz Lah Didakwa 51 Pertuduhan Pecah Amanah, Pindah Wang Haram RM15.4 Juta

Pendakwah bebas dan pempengaruh agama, Ustaz Abdullah Abdol Razak atau Ustaz Lah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 51 pertuduhan membabitkan pecah amanah dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemindahan wang hasil aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM15.4 juta.

Abdullah, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Advertisement

Pendakwah Bebas Terkenal Dan Juga Pempengaruh Ditahan, Hadapi Pertuduhan Seleweng Dana NGO Hampir RM13 Juta

Daripada jumlah tersebut, Ustaz Lah berdepan 34 pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan dana Pertubuhan Rezeki Infaq Malaysia (PRIM) berjumlah RM13,847,535.89.

Mengikut pertuduhan, Abdullah yang merupakan Pengerusi PRIM didakwa menyalahgunakan wang dana pertubuhan berkenaan dengan meluluskan pembayaran ke beberapa akaun bank, termasuk akaun miliknya sendiri, tanpa kebenaran Mesyuarat Agung PRIM.

Perbuatan itu didakwa berlaku di sebuah bank di Biz Avenue Seremban 2 antara 28 Februari 2023 hingga 31 Mac 2026.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan serta denda.

Didakwa Pindah Wang Untuk Pembelian Emas

Selain itu, Ustaz Lah turut berdepan 17 pertuduhan memindahkan hasil daripada aktiviti haram membabitkan wang berjumlah RM1.56 juta.

Wang berkenaan didakwa dipindahkan daripada beberapa akaun bank, termasuk akaun miliknya, ke beberapa akaun syarikat lain bagi tujuan pembayaran pembelian emas.

Kesalahan tersebut didakwa berlaku antara 18 Mei 2024 hingga 24 Februari 2026 di lokasi sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kes berkenaan tidak boleh dijamin sebelum menawarkan jaminan RM1 juta sekiranya dibenarkan mahkamah.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM700,000 dengan dua penjamin warganegara berusia lebih 21 tahun. Daripada jumlah itu, RM400,000 adalah jaminan bercagar manakala RM300,000 tidak bercagar.

Setiausaha NGO Turut Didakwa

Dalam prosiding sama, Setiausaha PRIM, Noor Sahira Abdullah, 30, turut didakwa atas satu pertuduhan bersubahat dengan Abdullah melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana PRIM berjumlah RM13,847,535.89.

Noor Sahira didakwa membantu Abdullah membuat pemindahan wang melalui perbankan dalam talian ke beberapa akaun bank tanpa kebenaran Mesyuarat Agung PRIM.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 409 kanun sama.

Mahkamah membenarkan jaminan terhadap Noor Sahira sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin tempatan berusia lebih 21 tahun serta beberapa syarat tambahan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 September depan.

 

The post Ustaz Lah Didakwa 51 Pertuduhan Pecah Amanah, Pindah Wang Haram RM15.4 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved