Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di Ampang

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di Ampang
Hussein ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor pada Selasa.
Image from: Juruterbang Malaysia ditahan di Indonesia, dadah diambil dari apartmen di Ampang
Seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

SHAH ALAM - Dadah yang dirampas susulan penahanan seorang juruterbang warga Malaysia di Indonesia dipercayai diambil dari sebuah apartmen di Ampang, Selangor, sebelum cuba diseludup ke negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis kini tertumpu kepada keseluruhan rangkaian pengedaran dadah berkenaan termasuk sumber bekalan yang diperoleh suspek di negara ini.

Menurutnya, siasatan setakat ini berjaya mengesan lokasi dipercayai digunakan suspek untuk mendapatkan bekalan dadah selain memperoleh nombor telefon yang dihubungi bagi membantu siasatan lanjut.

"Kita sedang melihat keseluruhan spektrum pengedaran ini, PDRM sedang menyiasat bagaimana dia mendapatkan bekalan dalam negara.

"Kita dapat mengesan bekalan itu dipercayai diambil di sebuah apartmen di Ampang dan kita juga telah memperoleh nombor telefon yang dihubungi, semua itu kini dalam tindakan pihak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor di sini pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang Malaysia berdepan hukuman mati kes seludup 26kg dadah ke Indonesia

PDRM sahkan penahanan juruterbang Malaysia kes dadah di Indonesia

Juruterbang ditahan di Indonesia: Bagasi lepasi saringan KLIA, tiada objek mencurigakan dikesan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang juruterbang warga Malaysia berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa cuba menyeludup masuk 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA ke negara itu selain didapati positif beberapa jenis dadah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, lelaki berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai MSO itu ditahan Rabu lalu sejurus selepas menerbangkan pesawat penumpang dari Kuala Lumpur ke Jakarta.

**media[3604763]**

Hasil pemeriksaan menemukan 14 bungkusan mengandungi lebih 70,000 pil ekstasi di dalam bagasi suspek, selain empat gram methamphetamine yang dipercayai untuk kegunaan peribadi di dalam beg tangan.

Mengulas perkembangan siasatan, Hussein berkata, PDRM kini menunggu kebenaran daripada POLRI untuk menghantar pegawai ke Jakarta bagi menemu bual suspek.

"Kita sedang menunggu clearance daripada POLRI kerana tangkapan dibuat oleh pihak kastam di lapangan terbang dan kes disiasat oleh polis Indonesia.

"Sebaik sahaja mendapat kebenaran, pegawai kita akan ke Jakarta untuk menemu bual suspek," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved